Kementerian Dalam Negeri (KDN) yakin cadangan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia mendapat kerakyatan, mampu memberi impak besar kepada pihaknya dalam menguruskan hal-hal berkaitan.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini kerana banyak permohonan diterima pihaknya berkaitan isu kerakyatan.